Isnin, 4 Jun 2012

Nasihat As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna


"Wahai Ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

Kata-kata ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..tarbiah bukan segalanya,,tapi tanpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah
ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yang tidak terhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

Antara yang lainnya kata-kata beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, 
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia. 
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. 
Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya." 

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan