Selasa, 27 Mac 2012

Konvoi Pembebasan Al-Quds Sempena Menyokong Program Global March To Jerusalem (GMJ)


Global March to Jerusalem (GMJ) satu inisiatif baru yang menganjurkan perarakan aman pada 30 Mac 2012 di Palestin dan negara jiran Palestin iaitu Mesir, Lubnan Jordan dan Syria. Perarakan ini juga melibatkan benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia bergerak menuju ke Palestin. Tarikh 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Konvoi Pembebasan Al-Quds 
Sempena Menyokong Program Global March To Jerusalem (GMJ)
Tarikh: 31 March 2012 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi hingga 1 petang
Lokasi : Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ( peserta konvoi berkumpul ) & berakhir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. 
Segala Maklumat lanjut sila hubungi :-
HQ Aman Palestin :03-89267019
Cik Amy : 012-3478291
Akhi Azmir : 012-6651536
Facebook : Aman Palestin
Facebook : Sukarelawan Aman Palestin Malaysia
Layari : www.amanpalestin.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan