Khamis, 30 Ogos 2012

Syeikh Ra'ed Solah ( Tokoh Perjuangan Pembebasan Baitul Maqdis )


Profil Lengkap Sheikh Raed Solah (Pahlawan Masjid Al-Aqsa)

NAMA PENUH : Raed Solah Silaiman Abu Shaqra Mahajna
TARIKH LAHIR : 10 November 1958
STATUS : Berkahwin | Anak: 3 Lelaki, 5 Perempuan
ALAMAT : Mantiqah Al-Markaz , Hayyu Al-Mahajna, Umm Al-Fahm, Palestin 1948

PENDIDIKAN

• 1965 – 1973 : Peringkat Rendah : Sekolah Al-Jurf (Sek. Ibnu Sina – Hagini)
• 1973 – 1976 : Peringkat Menengah : Sekolah Menengah Umm Al-Fahm
• 1977 – 1980 : Peringkat Tinggi : Kuliah Syariah, Universiti Al-Khalil (B.A Syariah)

PENCAPAIAN


• Pengasas Harakah Islamiah, Palestin 48 (Kini dikenali sebagai Israel)
• Pendakwah di peringkat negara arab dan antarabangsa
• 1980-1985 : bekerja sendiri/berniaga selepas dihalang oleh Israel daripada mengajar di sekolah
• 1989-1989 : Pengarah Majalah Bulanan As-Siroth
• 1989 : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm
*Ketika berumur 31 tahun telah memenangi pilihanraya dengan kemenangan 73%
*Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
• 1989-2001 : Timbalan Pengarah, Komiti Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Arab (mewakili Palestin) & Timbalan Presiden, Badan Pemantau Tertinggi Penduduk Arab
• 1993 : Dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm bagi penggal kedua dengan kemenangan 74%
* Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
• 1996 : Dilantik sebagai Pengerusi Gerakan Islam, Palestin 1948*
*Kini dikenali sebagai Israel
• 1998 : Dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Majlis Perbandaran Umm Al-Fahm bagi penggal ketiga
*Golongan Islamis memenangi 13 daripada 15 kerusi golongan Islamis dalam pilihanraya Dewan Perbandaran
- Melancarkan projek kemasyarakatan yang bertujuan membina jati diri rakyat Palestin di dalam Palestin 1948
- Berjaya menentang pencerobohan Israel di dalam peristiwa ‘Ar-Rahan’ di mana tentera Israel telah menceroboh bandar Umm Al-Fahm dengan menembak dan mencederakan hampir 600 penduduk Umm Al-Fahm.
- Bersama Kesatuan Penduduk Ar-Rahan telah berjaya membebaskan sebahagian besar kawasan Ar-Rahan yang dirampas oleh Israel
• Beliau merupakan perintis utama yang mengimarahkan ‘Al-Musolla Al-Marwani’ di dalam Masjid Al-Aqsa, dan merintis Projek Memakmurkan Masjid Al-Aqsa selaku Pengerusi Institusi Al-Aqsa
• 2001 : meletak jawatan sebagai YDP Majlis Perbandaran Umm Al Fahm untuk menjadi pendakwah bebas dan memberikan tumpuan kepada mempertahankan Masjid Al-Aqsa, tanah suci dan waqaf umat Islam
• 2002 : Dilantik semula sebagai Pengerusi Harakah Islamiah, Palestin 1948 (Israel)
• 2000 hingga sekarang : Pengerusi, Majlis Tertinggi Badan Dakwah Dan Bantuan, Baitul Maqdis
• 2000 hingga sekarang : Anggota, Majlis Dakwah Dan Bantuan Islam Antarabangsa
• 2003-2005 : Dipenjarakan oleh rejim Israel selama 2 tahun disebabkan oleh Kes Tebusan Masjid Al-Aqsa.

Kata-Kata Semangat dari Syeikh Raed Solah

"Aku berjanji setia kepada diriku, setelah aku berjanji setia kepada Allah, untuk menyedeqahkan umurku, waktuku, dan semua yang aku miliki untuk Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa!"
-Syeikh Raed Solah, Tokoh Perjuangan Pembebasan Baitul Maqdis-

Antara Jadual & Aktiviti Beliau di Malaysia

Kunjungan Sheikh Raed Solah ke Malaysia (4 - 15 September 2012)
-Selasa, 4 September 2012 : Ketibaan di KLIA (6.30 pagi)
-Rabu, 5 September 2012 : Majlis Ramah Mesra Raed Solah Bersama Media, di Hotel De Palma, Shah Alam (10.30 pagi – 1.00 tengahari
-Sabtu, 8 September 2012 : Seminar “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” di Auditorium D8, Parcel D, Putrajaya (8.00 pagi – 4.00 petang)
-Ahad, 9 September 2012 : Hi-Tea Amal bersama Raed Solah (3.00-5.30 petang) *sekitar Lembah Klang, akan dimaklumkan kemudian
-Sabtu, 15 September 2012 : Ceramah Perdana “Al-Aqsa Dalam Bahaya!” di Dewan Konvensyen, Shah Alam Convention Center (SACC) (7.00-10.30 malam)
-Jelajah Masjid-masjid Terpilih : Jadual tarikh, masa dan masjid akan dimakluman dari semasa ke semasa.

Kunjungan Sheikh Raed Solah Ke Malaysia dibawakan secara eksklusif oleh Aman Palestin Berhad

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-89267019, atau layari www.amanpalestin.net.