Selasa, 27 Mac 2012

Konvoi Pembebasan Al-Quds Sempena Menyokong Program Global March To Jerusalem (GMJ)


Global March to Jerusalem (GMJ) satu inisiatif baru yang menganjurkan perarakan aman pada 30 Mac 2012 di Palestin dan negara jiran Palestin iaitu Mesir, Lubnan Jordan dan Syria. Perarakan ini juga melibatkan benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia bergerak menuju ke Palestin. Tarikh 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Konvoi Pembebasan Al-Quds 
Sempena Menyokong Program Global March To Jerusalem (GMJ)
Tarikh: 31 March 2012 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi hingga 1 petang
Lokasi : Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ( peserta konvoi berkumpul ) & berakhir di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam. 
Segala Maklumat lanjut sila hubungi :-
HQ Aman Palestin :03-89267019
Cik Amy : 012-3478291
Akhi Azmir : 012-6651536
Facebook : Aman Palestin
Facebook : Sukarelawan Aman Palestin Malaysia
Layari : www.amanpalestin.net

Jumaat, 16 Mac 2012

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus


Jom Kita Pi Kuliah Ramai2....
Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus 
Tarikh : 24 Mac 2012 ( Sabtu )
Masa : Lepas Solat Maghrib
Lokasi : Masjid Kuarters KLIA,Sepang. 

Selasa, 6 Mac 2012

Palestin Bumi yang diberkati


‎"Akan sentiasa akan ada sekelopok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran,mencabar dan menentang musuh-musuh mereka.Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan sedemikian." Maka Para Sahabat bertanya,"Dimanakah mereka Ya Rasulullah ?" Jawab Rasulullah, "Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis." 
( Hadith : Riwayat Bukhari )


Kepentingan Bumi Palestin kepada Umat Islam seluruh Dunia :-
1-Palestin sebagai Tanah Suci ( Bumi Para Anbiya')
2-Bumi yang diberkati Allah
3-Kiblat Pertama Umat Islam 
4-Bumi Israk & Mikraj
5-Bumi Mahsyar
6-Kota Suci yang ketiga
7-Masjid Kedua dibina selepas Masjid Al-Haram
8-Bumi Jihad & Perjuangan


‎"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (Hadis Riwayat Muslim)

Dialog: Inspirasi BersamaMu Palestin
Tarikh : 9 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 11.00 pm
Lokasi : Pentas Utama TG2KM,Kolej Keris Mas, UKM, Bangi.
*Ada buka booth Jualan Amal & Pameran Palestin.
Layari : www.amanpalestin.net

Isnin, 5 Mac 2012


Konsert Semarak Kebangkitan Palestin 
Tarikh : 10 Mac 2012 ( Sabtu )
Masa : 8 malam hingga 11 malam
Lokasi : Pentas Utama TG2KM,UKM Bangi
Anjuran : Sekreteriat Temasya Gemilang dengan kerjasama Aman Palestin 
*Ada buka booth Jualan Amal & Pameran Palestin.
Layari : www.amanpalestin.net

Ahad, 4 Mac 2012

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH


RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Khamis, 1 Mac 2012

REJAM SAMPAI MATI KERANA BERZINA


REJAM SAMPAI MATI KERANA BERZINA

Pemuda di bawah ini melakukan zina dan telah berjaya ditangkap oleh penduduk di Somalia untuk menjalani hukuman rejam sampai mati. 

Manakala pasangan wanitanya, dihukum sebat 100 kali. kerana belum berkahwin. 

Ada hikmahnya daripada sudut kitab Al-Quran dan juga ilmu sains….

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman di atas, padahal kedua-duanya berzina iaitu pihak lelaki mahupun wanita?

Tokoh Islam menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya.

Hukuman sebat diberikan kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.

Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga

Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.

Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Apabila mereka dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.

Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.