Rabu, 19 Oktober 2011


Hari Masjid Al-Falah USJ 9 Bersama TV9 ( Raudhah Dihatiku )
Tarikh : 22 Oktober 2011 ( Sabtu )
Masa : 9 Pagi hingga 6 petang
Lokasi : Masjid Al-Falah USJ 9
*Ada buka Jualan Amal & Pameran Palestin.
* Promosi Qurban Palestin & Promosi Yassin Palestin.
Layari : www.amanpalestin.net

Sabtu, 15 Oktober 2011

JANGAN BUKA KEAIBAN ORANG LAIN & JANGAN DEDAHKAN AIB SENDIRI!


JANGAN BUKA KEAIBAN ORANG LAIN & JANGAN DEDAHKAN AIB SENDIRI!

Salah satu cara manusia mendedahkan aib orang adalah dengan mengumpat. Mengumpat bermaksud mencela, atau memburuk-burukkan orang lain ataupun memberitahu kesalahan dan aib orang lain di belakangnya. Selalunya perkara ini dihubungkaitkan dengan kaum wanita, yang mana mungkin disebabkan perangai kaum wanita yang gemar atau suka bercakap atau berbual-bual. Walaupun begitu kaum lelaki juga sering terlibat dalam perkara ini.

Ada sesetengah orang beranggapan bahawa tidak dikatakan mengumpat, sekiranya apa yang dikatakan itu memang benar. Hal ini sebenarnya tidak tepat sebagaimana sabda Rasulullah saw bermaksud:

Daripada Abu Hurairah berkata: “Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?” Baginda bersabda: “(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci”. Dia bertanya: “Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar.”

Tabiat atau penyakit mengumpat ini perlu dihindarkan kerana orang yang mengumpat itu terdedah kepada kemurkaan dan seksa Allah.

Larangan perbuatan ini amat jelas sebagaiman firman Allah:“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud:

Pada malam aku di Isra’kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril, siapa mereka ini?” Jawab Jibril: “Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang.”

Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi.

Perlu disedari bahawa mengumpat itu boleh menghapuskan kebajikan dan amal salih orang yang mengumpat kerana pahala dan amal salihnya akan diambil dan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika habis kebajikannya, maka diambil kejahatan orang yang diumpat itu dan ditanggungkan kejahatan itu ke atasnya dan ditulis di dalam rekodnya.

Jadi seseorang itu hendaklah sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkan dan merasa malu mencela orang lain, dikhuatiri dirinya sendiri mempunyai aib seperti orang itu atau mungkin lebih dahsyat lagi.

Hendaklah seseorang itu mencari punca yang membawanya mengumpat, supaya dia dapat membuang penyakit mengumpat itu daripada dirinya, dan wajiblah orang yang mengumpat itu bersegera bertaubat dan hendaklah juga dia bersegera meminta maaf daripada orang yang diumpatnya itu.

Di dalam sebuah hadis sahîh yang bermaksud: “Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.”

Oleh itu orang orang Islam digesa meminta maaf dari sekarang. Akan tetapi bagi orang yang tidak dapat dicari atau orang yang sudah meninggal, sayugialah banyak-banyak meminta ampun baginya dan mendoakannya dengan rahmat, keampunan dan belas kesihan daripada Allah Subhanahu wata’ala jua.

Begitu juga jauhi diri daripada bersifat tajassus atau mengintip serta mencari-cari keaiban dan keburukan orang lain yang tersembunyi sebagaimana firman Allah: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah al-Hujarât:12)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Khamis, 13 Oktober 2011

5 Waktu & Azab Allah Taala


5 waktu & azab Allah.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

Ampunilah kami Ya Allah...

Isnin, 3 Oktober 2011

Perhimpunan 7000 Keluarga Zuriat & Kerabat Waris Temenggong Muar


Tidak disangka rupa2nya keluarga belah Ibuku adalah Zuriat & Kerabat Engku Paduka Tuan & Engku Muda Tanjung dari Waris Temenggong Muar,Johor.Ini Salasilah Keluargaku...Selama ini Familyku tidak tahu apa2 pun,rupa2nya ada rahsia disebalik kisah silam yang tidak pernah dicerita oleh Atuk Perempuan Belah Ibuku kepada Cucu2 & Cicitnya...Alhamdulilah,baruku tahu rupa2nya besar jugak Familyku di Johor nie...Insyallah 17 September 2011 ( Sabtu ) Familyku dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri & Perhimpunan Keluarga 7000 Ahli Keluarga Zuriat & Kerabat Engku Paduka Tuan & Engku Muda Tanjung Waris Temenggong Muar,Johor di Dewan Dr. Ling Liong Sik, SJK (C ) Jagoh,Bandar Putra Segamat Johor.

Dapatkan Yassin Palestin ( Aman Palestin ) di Pasaran Sekarang, Jom Beli !








Keterangan Lanjut Mengenai Yassin Palestin :-

1.Yassin Palestin - Terbaru di pasaran ( soft launching )

2. 2 Bukaan :- A ) . Sebelah Jawi -Tajuk : Surah Yassin & Amalan Harian.Kandungannya :-
1. Surah-Surah Lazim ( Gunakan untuk 5 waktu solat )
2.Wirid & Doa selepas solat
3.Al-Ma'thurat ( zikir pagi & petang )
4.Wirid & doa harian termasuk doa robbana ( doa sepanjang hari )
5.Surah Yassin,Tahlil & Doa
6.Surah Al-Mulk ( Kelebihan membacanya ada dimuatkan didalam buku ini ).

* Istimewanya disini,sehingga anda perlu memiliki " Yassin Palestin " ?
- Tulisan yang jelas
-Baris & rekabentuk yang kemas
-Wakaf pada setiap mukasurat
-Tajwid Berwarna 
-Panduan Warna Bacaan
-Terjemahan perkata ( Surah Yassin )
-Terjemahan Ayat
-Panduan Lengkap Amalan-amalan harian

B ). Sebelah Rumi - Tajuk : Derita Palestin Antara Air Mata & Perjuangan
-Dibahagian ini ada diceritakan sejarah ringkas mengenai negara palestin,kronologi dari zaman sebelum masehi,zaman Nabi Allah Ibrahim hinggalah zaman kejatuhan bumi Anbiya ini ke tangan Rejim Zionis - Israel Laknatuallah.


C ). Sebagai umat islam,kita seharusnya mengetahui & memahami masalah ini kerana isu palestin ini adalah isu umat islam sejagat. Mengapa ianya isu umat islam sejagat ? Anda akan tahu jika anda baca kandungan sejarah yang terdapat dalam buku ini,walaupun ianya ringkas tapi anda pasti dapat menyelaminya.


3. Buku Yassin Palestin membawa 2 konsep utama...Anda Beli kerana kandungan Yassin & Amalan Hariannya & kerana Isu Palestin iaitu Anda Beramal Untuk Rakyat Palestin...maka Anda Beli ...Anda Beramal.


4. Dengan hanya RM15 anda peroleh pelbagai keistimewaan di dalam buku ini & Yang Pasti anda telah memberi sumbangan kepada sumbangan kepada JUTAAN RAKYAT PALESTIN yang menjadi PELARIAN DI TANAH AIR SENDIRI...Mereka semestinya memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Anda boleh membantu ! JOM BELI YASSIN PALESTIN !!! Jika anda ingin melihat apa yang telah Aman Palestin laksanakan untuk rakyat palestin,anda harus layari Laman Web Aman Palestin iaitu WWW.AMANPALESTIN.NET -Kesemua perlaksanaan itu adalah hasil kutipan tabung palestin daripada kita ( Rakyat Malaysia )! Teruskan sumbangan anda untuk rakyat palestin.


Sebagai Promosi : Untuk Pembelian 50 Buku Yassin Palestin,akan menerima hadiah istimewa daripada Abad Sinergi Sdn.Bhd.Jika inginkan maklumat lanjut,Kunjungi Booth Aman Palestin & Booth Yassin Palestin.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Office Aman Palestin : 03-89267019 atau 03-89275018
Ukhti Farhani : 019 2703109
Akhi Azmir : 012 6651536
Ukhti Zuhana ( Abad Sinergi ) : 012 7840282
Facebook : Kedai Aman Palestin Berhad
Email : amanpalestin@yahoo.com ATAU mir_amanpalestin@yahoo.com
Layari : www.amanpalestin.net

" KEIKHLASAN ANDA KETELUSAN KAMI "


Tahun 2011 : Wakil Aman Palestin Malaysia Selamat Memasuki Gaza,Palestin














Alhamdulilah,Seramai 4 orang Wakil Aman Palestin Malaysia sudah selamat memasuki Gaza,Palestin. Mereka semuanya disambut oleh Wakil Aman Palestin Gaza,Palestin.4 Orang Wakil Aman Palestin Malaysia yang terlibat ialah : Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin : Ustaz Wan Hisham, CEO Aman Palestin : Ustaz Awang Sufian, Pegawai Media & IT Aman Palestin : Ustaz Anas & Pengurus Aman Palestin Damansara : Ustaz Miftahuddin Kamil. Mudah2an mereka semua dalam keadaan selamat & sentiasa didalam lindungan Allah S.W.T